Tun Perak & Empayar Melaka

http://www.facebook.com/pages/Tun-Perak-Empayar-Melaka/237128103030591


TUN PERAK adalah ‘Perdana Menteri’ kepada sebuah Kerajaan Melayu dan beliau bertanggungjawab kepada perkembangan dan kegemilangan Melaka sebagai sebuah empayar yang teragung di dunia pada abad ke 15.

Kebijaksanaan dan Kehebatan TUN PERAK adalah setanding dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit dan Raja Kenayan dari Pasai. Ketiga-ketiga mereka ini telah dianggap sebagai Pentadbir yang teragung di Alam Melayu pada abad ke 15.

Bendahara TUN PERAK adalah seorang tokoh agung Melaka, seorang pemimpin, ahli politik, penasihat negara, pahlawan, tokoh konglomerat, tokoh agama dan tokoh keluarga dan pakar strategi perang Melayu, yang sama taraf dengan Sun Tzu pakar strategi perang negeri Cina yang dikatakan menulis buku  ‘The Art of War.

Banyak lagi anekdot tentang kehebatan TUN PERAK sebagai ikon kehebatan bangsa Melayu dan ini akan dikongsikan dengan anda oleh Qash Aris tidak lama lagi... "Tak Kan Melayu Lenyap Di Dunia, Kerana Di Alam Maya Juga Kita Masih Bernyawa" - Qash Aris

Comments

Popular Posts